Friday 31 August 2012

KEINSAFAN DIRI



Disaat yang sepi ini


Ku duduk seorang diri


Memohon keampunan dari ilahi


Bak lautan bergelombang

Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan


Dari tuhan yang esa


Betapa rimbunnya dosaku

Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu


Kini ku sesali


Ku tidak layak kesyurgamu

Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri


Kembali padamu


Ku tetap setia

Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi 
segala Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

Sunday 26 August 2012

CARLAH ILMU DAN JANGAN JADIK ORANG YANG MALAS!!

يا بنيَّ اسمع وصايا جمعت
حكماً خصّت بها خير الملل
اطلب العلم ولا تكسل فما
ابعد الخير على اهل الكسل

"wahai anakku yang tercinta ! dengarlah nasihat dan kata-kata hikmah yang dipetik daripada sebaik-baik agama..."

"tuntutlah ilmu dan janganlah engkau malas....sesungguhnya kebaikan itu amat jauh daripada orang yang malas..."



ini adalah nasihat daripada ataupun syair dari imam ibnu al wardi...sebagai umat islam yang mengamalkan ajaran islam , mengikut segala perintah allah s.w.t dan meninggalkan larangannya , kita tak dapat lari dari sifat yang keji iaitu malas...malas juga adalah sifat yang disandarkan pada kita sebagai manusia...jadi , fikir-fikirkanlah...kata imam ibnu al wardi , malas akan menjauhkan kita dari kebaikan....terutama dalam mencari ilmu...kalo nak ilmu , kene rajin...


Saturday 18 August 2012

RASULULLAH SAMBUT HARI LEBARAN ?

1. BERTAKBIR

bertakbir di 1 syawal adalh disyariatkan...takbir raya tidak lagi dilaungkan setelah sampai di kemuncaknya...kemuncaknya adlh ketika selesainya imam memberi khutbah...menurut syeikh nasiruddin albani ,di sunatkan bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat solat...kerana ianya adlh syiar islam...menurut yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w , takbir perlulah dengan suara yang lantang...

2. LAFAZ UCAPAN SELAMAT PADA HARI RAYA

mengikut apa yang di ceritakan olehal-hafiz ibn hajar al asqalani r.h , yang dinukilkan dari jubair bin nufair r.a ,rasulullah s.a.w dan para sahabat r.h akan mengucapkan "taqabbalallahu minna wa minka"...senario yang berlaku pada zaman sekarang , umat islam akan mengucapkan "selamat hari raya maaf zahir bati..."...saya tidak mengatakan ianya salah , tetapi kita haruslah mengikuti sunnah yang diamalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...pahala pon dapat...

3. MENERUSKAN QIAMULLAIL

seperti yang kita lihat apa yang berlaku sekarang , manusia hanya bersemangat untuk qiamullail pada bulan ramadhan...qiamullail boleh dilakukan pada bulan2 biasa juga...jika pada sepanjang bulan ramadhan kita mampu untuk qiamullail , apalah salahnya jika kita meneruskan amalan mulia tersebut...???apa lagi ianya adalah amalan yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w....

4. MANDI PADA PAGI RAYA

ali bin abi talib pernah ditanyamengenai mandi...katanya , diharuskan mandi pada hari jumaat , hari arafah , aidilfitri dan juga aidiladha...selain itu , dengan mandi juga dapat menyegarkan tubuh badan daripada kelesuan sepanjang melakukan amalan...

cara jahiliah sambut lebaran adalah dengan bersuka ria melakukan perkara yang lagho...kedatangan rasulullah s.a.w ke madinah sebelum naiknya islam telah mengubah cara orang madinah sambut aidilfitri...

jadi...ikut sunnah kalo tak nak jadi macam arab jahiliah...that's all for today's entry....ingatlah , jangan cemarkan syawal dengan perbuatan yang membawa kepada dosa...wallahualam

*lupikirlasendiri*


Sunday 12 August 2012

MADRASAH RAMADHAN

Sepanjang bulan ramadhan niyh , apa yang kita dapat ??
         
        kebiasaannya , selesai bulan ramadhan , pelbagai jenis manusia yang kita dapat lihat ....bak kate org lain spesis manusia lah...ade yang cakap :
                                         ---sedihnya , bulan ramadhan meninggalkan kita
                                         ---bez nye...nak raye da
                                         ---alhamdulillah...boleh melantak banyak sikit
pada hakikatnya terdapat 3 jenis manusia yang dapat dilihat sewaktu bulan ramadhan meninggalkan kita :

1. MANUSIA YANG BERASA SEDIH ATAS PEMERGIANNYA BULAN RAMADHAN

= Jenis yang macam niyh , amalan dye sepanjang bulan ramadhan diterima....dan juga telah merasai nikmat menghambakan diri kepada allah s.w.t...golongan inilah yang terdidik nafsu dan jiwanya di bulan ramadhan...

2. MANUSIA YANG TIDAK MERASA APA2

= Jenis yang ni plak , mmg sentiase blur....tataw pe dye buat sepanjang bulan ramadhan...banyak antara kita yang terdiri dari golongan niyh....golongan niyh hanya akan menyesal bile mengenangkan apa yang dilakukannya sepanjang bulan ramadhan....

3. MANUSIA YANG MERASA GEMBIRA BILA BERLALUNYA BULAN RAMADHAN
= Jenis cam niyh lebih baik cepat2 bawak taubat...banyakkan istighfar memohon keampunan kepada allah s.w.t.....baginya bulan ramadhan langsung tidak membawa apa2 makna...malah ada sesetengahnya berbuat dosa selama bulan ramadhan....allahuakbar.....

     Jadi sahabat sekalian , kita berada di golongan yang mane ??? wallahu'alam...


     Entry kali ni aq na citer sikit la tanda2 seseorang terdidik dengan madrasah ramadhan...banyak yang dah taw bende niyh...cume nak ingtkan kembali...memang ni pon ayt aq selalu dalam kelas...

antara tanda2 nya :

     1. TADARUS AL QURAN @ MEMBACA AL QURAN

amalan tadarus al quran akan berkekalan walaupun setelah berlalunya ramadhan...kalo tak bertadarus beramai-ramai pon bace sorang-sorang pon boleh...janji jangan tinggal terus....

     2. QIAMULLAIL

amalan qiamullail memang amat digalakkan sejak dari zaman nabi muhammad s.a.w....amalan qiamullail pada awal perintah ini diturunkan hukumnya wajib...tinggal dosa...ini dapat dilihat dari firman allah s.w.t dalam surah al muzammil bermula dari ayat 1-2 yang berbunyi :

"يأيها المزمِّل . قم اليل إلا قليلا"

        "wahai orang2 yang berselimut ; bangunlah (untuk solat) pada malam hari , kecuali yang sedikit"

disini ditegaskan oleh allah s.w.t bahawa hukum menunaikan qiamullail adlh wajib pada awalnya...hukum qiamullail menjadi sunat apabila turunnya ayat ke 20 pada surah yang sama yang bermaksud :

      "sesungguhnya tuhanmu mengetahui bahawa engkau berdiri solat kurang daripada 2/3 malam , atau 1/2 malam atau 1/3 daripadanya , demikian juga orang dari golongan kamu . Allah menetapkan ukuran malam dan siang , allah mengetahui bahawa engkau tidak dapat mengetahui batas2 waktu itu , maka dia memberi keringanan kepada kamu....."

      3. MENAHAN DIRI

maksud menahan diri disini bukan bererti menahan diri daripada makan dan minum sahaja , malah menahan anggota pancaindera kita daripada melakukan maksiat....menahan mata dari melihat perkara maksiat....menahan telinga dari mendengar  perkara maksiat....menahan mulut dari mengungkapkan perkara yang membawa dosa kepada allah s.w.t.....menahan tangan dari melakukan maksiat....menahan kaki dari pergi ke tempat maksiat.....inilah yang dimaksudkan dengan menahan diri....

     4. BERPUASA SUNAT ISNIN KHAMIS

     5. SENTIASA SOLAT BERJAMAAH

kewajipan solat berjemaah bagi insan yang bergelar lelaki adalah ditempat dimana dilaungkan azan...barangsiapa yang tidak berbuat demikian tanpa ada sebarang keuzuran adalah dianggap melakukan dosa...dan disebutkan ganjaran yang besar diberi oleh pencipta , Allah s.w.t , kepada makhluknya adalah mendapt perlindungan atau naungan di bawah arasy allah s.w.t...bukankah salah satunya adlh "pemuda yang hatinya tertambat di masjid"..?jadi , ayuh wahai syabab...rebut peluang ini....
          manakala kewajipan bagi wanita adalah bersolat dirumah...tidak salah bersembahyang di masjid....jangan salah paham plak....

      Ini adlh diantara tanda2 seseorang itu jiwanya terdidik oleh madrasah ramadhan...sekian sahaja entry untu kali ini....yang baik itu datangnya dari allah s.w.t , yang tak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri yang mana datang nya dari allah s.w.t , tetapi disandarkan pada diri saya yang bukan bersifat ma'sum seperti rasulullah s.a.w...sampaikanlah pada teman2 lain....insyaallah...jumpa lagi pada entry yg akan datang....wallahu'alam bissowwab....


ADA APA DENGAN ANGKA EMPAT ?????


DOSA AKAN DATANG DALAM 4 PERINGKAT :-

1.       Seseorang yang melakukan dosa , dan juga lambat menyesali perbuatannya ataupun lambat bertaubat memohon keampunan atas dosa yang dilakukannya.
jika seseorang itu berterusan membuat dosa….maka , dia akan menuju ke tahap yang kedua….
2.       Seseorang yang melakukan dosa , dan tidak merasai apa2 atas dosa yang dilakukannya.
         peringkat ini amat merbahaya….ini menunjukkan bahawa hati pembuat dosa sudah mati….
3.       Seseorang yang melakukan dosa , dan merasa bangga atas dosa yang dilakukannya.
         di peringkat ini lah terjadi nya masalah seperti murtad….
4.       Seseorang yang melakukan dosa , merasa bangga ,dan mula untuk menghina orang yang tidak melakukan dosa.
         pada perigkat ini , jalan yang ada hanyalah bertaubat….ataupun bersiap sedialah menerima bala , azab & seksaan dari allah s.w.t….

4 JENIS KEHIDUPAN MANUSIA DI MUKA BUMI :-
1.       Sewaktu kecil baik , bile dewasa baik , nak mati pon , dan akhirnya mati dalam keadaan baik…
             ini yang kita impikan…
2.       Sewaktu kecil nakal , bile dewasa jahat , nak mati baik , dan akhirnya mati dalam keadaan baik…
             banyak berlaku seperti ni…
3.       Sewaktu kecil baik , bile dewasa jahat , nak mati pon jahat jugak , akhirnya mati dalam keadaan tak baik…
             takut jadik cam ni…
4.       Sewaktu kecil nakal , bile dewasa jahat , nak mati pon blom taubat , akhirnya mati pon dalam keadaan hina…
             harap sangat tak jadik cam ni…

4 ORANG YANG WANITA BOLEH TARIK DI HARI AKHIRAT :-
1.       Ayah
2.       Suami
3.       Abang
4.       Anak lelaki



4 GOLONGAN MUSLIM :-
                          1. Orang mukmin yang membaca al-quran
           "Rasulullah mengumpamakan mereka sebagai sebiji limau yang mana baunya harum dan rasanya manis."

                          2. Orang mukmin yang tidak membaca al-quran.
            "Nabi mengumpamakan sebagai buah tamar, yang tidak mempunyai bau tetapi rasanya manis dan sedap."


                          3. Golongan munafik.
            "Nabi berkata seperti Raihanah (bauan) baunya harum tetapi rasanya pahit. Sebagai contoh membaca al-quran untuk memenangi pertandingan."


                         4. Golongan munafik yang tidak membaca al-quran.
            "Golongan ini seperti hamzalah atau timun pahit, tiada bau sementelah rasanya lagi pahit."


LELAKI JUGA BOLEH BERKAHWIN SAMPAI 4 ORANG…..

KISAH YANG SANGAT MENYAYAT HATI ...


              Pagi itu, meski langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. 
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas berkata, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, al quran dan al sunnah. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku." 


            Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan siap menangkap Rasulullah yang lemah longlai saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
           
                 Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya 
masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap putrinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
           
                Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
         
                 Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

                "Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril. Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.
             
                Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril membuang muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kaupalingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. " Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut
ajal,"
kata Jibril.
             
                 Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah di antaramu."
           
                 Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
           
                 Dan, pupuslah kembang hidup manusia mulia itu. Kini, mampukah kita mencinta sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
           

              Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-2 muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencinta kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

              Setiap kali aku membaca kisah ini , aku rasa sangat sedih. Betapa sayangnya junjungan besar kepada kita.

PERJALANAN SPIRITUAL KE THUR SINA


Gambar menunjukkan tandas fir'aun atau dikenali oleh orang arab mesir dgn istilah "hamam fir'aun....bentuk memang macam gua....tapi masuk-masuk macam spa...berwap...mmg panas...mase tu mmg musim sejuk...bile masuk dalam tu memang sedap...kalo nak masuk kene merangkak...kalo berdiri susah nak nafas....

Terletak di Terusan Suez menuju ke Semenanjung Sinai. Ia merupakan tempat mandi Firaun pada musim panas. Terdapat juga sebuah gua tempat Firaun beristirehat selepas mandi. Ada pendapat menyatakan bahawa udara di dalam gua ini lebih panas berbanding udara di luarnya dan udaranya dapat mengubati penyakit Rheumtism. Air yang keluar dari gua ini amat panas hingga telur yang direndam di dalamnya boleh menjadi masak.
Keadaan gua yang panas ini disebabkan oleh kandungan batu sulfur yang banyak berbanding di tempat lain. Semakin dalam gua ini dimasuki, semakin tinggi kadar kepanasannya. Kawasan Hamam Firaun ini terletak di persisiran Laut Merah. Ia memiliki keindahan alam semula jadi yang istimewa lambang kebesaran Ilahi.

Kami sempat posing time kluar dari haham fir'aun beramai ramai...kalo perasan sume orang punye lutut seluar kotor...sbb memang kne merangkak la kalo nak masuk dalam hamam tu....

gambar sebelah ni member rapat aq time aq kat mesir dlu...hehehehe....kami mmg rapat...memang banyak pengalaman aku ngan dye melawat ke tempat2 bersejarah kat mesir...










Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami menuju ke destinasi yang mmg menjadi tumpuan pelancong yang hadir ke mesir , iaitu , thur sina....
kami mula mendaki menuju ke puncak thur sina  pada jam seawal 2 pagi...selalunye , masa yang diambil untuk sampai ke puncak thur sina bagi seorang pemuda adalah 3 jam...bagi golongan yang bergelar dewasa , masa yang diperlukan adalah selama 4 jam dan adakalanya sehingga 5 jam...tujuan kami mendaki seawal jam itu adalah untuk melihat panorama indah terbitnya matahari dari sebelah timur .gambar menunjukkan matahari hampir muncul....sejuknya...masyaallah...hanya allah sj yg tahu....


 ketika ini kami hampir sampai ke puncak thur sina...sempat juga ber'posing' dalam keadaan sejuk menggeletar....pendakian menuju ke puncak agak mencabar pada akhir-akhir pendakian....antara ayat yang selalu diungkapkan apabila kami bertembung dgn bangsa asing yang mahu turun dari thur sina adalah "good luck...you almost there" / " 5 minutes more" / a little bit more" ....padahal dekat setengah jam jalan pon belum nampak tanda2 nak sampai....

terdapat tangga untuk menuju ke puncak...tangga adalah petunjuk bahawza kita akan habis mendaki dan akan sampai...jaraknya adalah setengah jam perjalanan...


setelah sampai ke puncak...kami bersembahyang dhuha...selesai bersolat dhuha , kami terus ke tempat dimana nabi musa a.s bermunajat kpd allah s.w.t....seperti yang disebut kisahnya dalam al quran adalah
"Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat (kepada Kami)"

"Hai Bani Israel, sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk munajat) di sebelah kanan gunung itu dan kami telah menurunkan kepada kamu sekalian manna dan salwaa"


gambar menunjukkan tempat yang selama berhari-hari nabi musa a.s disitu bermunajat kepada allah s.w.t...allah....nabi musa pon boleh merendah diri bermunajat kepada allah s.w.t...ni kan kita yang memang cukup lemah...golongan nabi bukan...golongan syahid pun bukan....tempat tujuan kita ke syurga ke , ke neraka pun tak taw lagi....allah...banyakkanlah berdoa memohon keampunan kepada allah s.w.t.....






stakat ni dululah kisah perjalanan aku ke ardhul kinanah , bumi bersejarah , mesir....insyaallah nanti aku sambung kisah aku turun dari thur sina plak pas niyh....pada episod yang seterusnya....ikutilah perkembangan blog niyh.... 
CINTA DAN COUPLE

Definisi :
               perhubungan adalah interaksi sosial diantara dua individu , ia sangat penting kerana melalui perhubungan ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna....

Peringkat2 perhubungan :
             
              --> perhubungan yang mana mula2 minat , pastu lama2 jd sayang....
              --> sayang atas dasar sahabat , pastu sama2 beri komitmen , dan akhirnya nikah...
              --> cinta ikut nafsu.....(selalunyer x berkekalan...)

Perhubungan yang sihat :

              --> diri sendrik ngan pasangan sama2 rasa selesa...
              -->  "      "          "        "             "         "     gembira....
              -->  "      "          "        "             "       jujur.....
              -->  "      "          "        "             "       saling hormat - menghormati....
              -->  dapat menyelesaikan setiap pertelingkahan dengan baik....

Perhubungan yang tidak sihat :

              --> bile wujud perasaan = bengis
                                                   = tidak hormat
                                                   = mengongkong
                                                   = terdapat penderaan
                                                   = cemburu
                                                   = kasar

Cemburu tanda sayang ???????
         cemburu ni perasaan iri hati kat pasangan kalo pasangan bagi tumpuan kt orang lain....cemburu melampau tanda perhubungan tu x sihat....kalo cinta tu sejati , perasaan cemburu akan bertukar kepada kasih sayang.....

Hormon cinta :

          Dopamine --> hormon ni la yg buat kita rase terpikat je ngan si dia...
          Serotonin  --> hormon ni plak yg buat kita obses a.k.a tergile-gile...
          Oxytocin   --> hormon ni yg buat kite ingin sehidup semati la katekan....

Aku suke dier ???

                       :- slalu ingt kat dier...
                       :- tidur xx lena...
                       :- x slalu rase lapar...
                       :- syok je kalo slalu tgk dier...

Dier plak ??? suke aq ???

                      :- kalo tengok muke kite tergamam dier...
                      :- dia mungkin mula bercakap ngan aku...a.k.a excited dpt ckp ngan kite....
                      :- dier slalu tolong aq...a.k.a caring la sangat ???



Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

                      1) seronok (dpt fitnah)

                      2) seronok (dpt dosa)

                      3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

                      4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

                      5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg

                          habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

                      6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss

                          solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

                      7) byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn

                          awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg

                          bila2 masa..)





8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri,

dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat

fardhu lewat tak takut pulak... )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd

PAHALA..




KITA DIIKAT SYAITAN ???

syaitan akan mengikat kita dengan tiga ikatan semasa kita tidur....berpandukan hadith rasulullah s.a.w , ;

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم "يعقد الشيطان علي قافية الرأس احدكم اذا هو نام , ثلاث عقد , يضرب كل عقدة عليك ليل طويل فارقد , فإن استيقظ فذكر الله , انحلت عقدة , فإن توضأ انحلت عقدة , فإن صلى انحلت عقدة . فأصبح نشيطاً طيباً النفس , وإلا أصبح خبيثاً النفس الكسلان " رواه البخاري


daripada abu hurairah radhiallahu anhu dari rasulullah s.a.w “Setan mengikat pada tengkuk setiap orang diantara kalian dengan 3 ikatan (simpul) ketika kalian akan tidur. Setiap simpulnya ditiupkanlah bisikannya (kepada orang yang tidur itu): “Bagimu malam yang panjang, tidurlah dengan nyenyak.” Maka apabila (ternyata) ia bangun dan menyebut nama Allah Ta’ala (berdoa), maka terurailah (terlepas) satu simpul. Kemudian apabila ia berwudhu, terurailah satu simpul lagi. Dan kemudian apabila ia sholat, terurailah simpul yang terakhir. Maka ia berpagi hari dalam keadaan segar dan bersih jiwanya. Jika tidak (yakni tidak bangun sholat dan ibadah di malam hari), maka ia berpagi hari dalam keadaan kotor jiwanya dan malas (beramal shalih).”



jadi disini rasulullah s.a.w telah memberikan kita garis panduan atau lebih dikenali dengan istillah tips , untuk meleraikan ketiga-tiga ikatan syaitan....


rasulullah juga telah mengajar kan kepada kita doa sebelum tidur iaitu " اللهم بسمك احيا وأموت " dan juga doa ketika bangun dari tidur "الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا وإليه النشور " ...dengan membaca doa bangun tidur , secara langsung akan terlerai lah satu ikatan sepertimana yang disebut dalam hadith "bangun dan menyebut nama allah s.w.t "....

Saturday 11 August 2012

PERJALANAN SPIRITUAL DI DUMYAT , MESIR

Ra's al bahr...tempat dimana terdapatnya pertemuan dua laut sepertimana yang disebut didalam al qur'an( surah ar-rahman 19-20 “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”
)...ditempat ini jugalah dikisahkan bahawa nabi musa a.s berjumpa dengan nabi khidir a.s untuk belajar(surah kahfi : 60-82)...

Batu hitam(dalam foto) menunjukkan peta bermulanya sungai nil iaitu di afrika setrusnya melalui sudan , burundi , rwanda , congo , tanzania , kenya , uganda , ethiopia dan berakhirnya sungai yang sepanjang 6650 km di mesir.

Terdapat banyak pelancong yang mengunjungi tempat yang diberi nama dumyat ini. Gambar di atas adalah gambar yang diambil semasa di jalankan aktiviti rehlah pelajar malaysia yang berada di mesir.




Binaan yang berwarna merah (dalam foto) di catatkan dimana disitulah bertemunya dua insan mulia iaitu nabi musa a.s dan juga nabi khidir a.s. Binaan tersebut juga adalah tempat ikan yang dibawa oleh nabi musa a.s dan penolongnya melompat masuk ke dalam laut. Kisah mengenai perkara ini telah dinukilkan dalam al quran dalam surah kahfi bermula dari ayat 60-82 . Dinyatakan dalam kitab suci al quran tempat ini dengan istilah majma' al bahraini yang bermaksud pertemuan dua laut. Kami berpeluang melihat bagaimana dua jenis lautan iaitu laut mediteranian dan sungai nil.




REPUBLIKA.CO.ID, Seorang Oceanografer berkebangsaan Prancis, Jaques Yves Cousteau, telah mengungkap pertemuan dua laut yang tidak bercampur. Ia meneliti pertemuan Samudra Atlantik dan Mediterania yang tidak bercampur satu dengan yang lain.

Penelitian ini dilakukannya ketika melakukan eksplorasi di bawah laut. Ia menemui kumpulan mata air tawar yang tidak bercampur dengan air laut. ''Seolah-olah ada dinding yang membatasi kedua aliran air itu,'' ujarnya Cousteau.

Sang ilmuwan pun mencoba mempelajari ilmu kelautan untuk memecahkan misteri tentang fenomena ganjil tersebut, namun tak pernah membuahkan hasil. Ia pun menceritakan hal ganjil itu kepada seorang profesor Muslim. Terkejutlah Cousteau ketika sang profesor Muslim menceritakan bahwa fenomena itu telah dijelaskan Alquran 14 abad silam.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (QS Ar-Rahman:19-20)

"Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang satu tawar dan segar dan yang lainnya asin. Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus." (QS Al Furqan:53).

Terpesonalah Costeau mendengar ayat-ayat Alquran itu. Kekagumannya terhadap ayat suci Alquran itu melebihi kekagumannya akan pemandangan laut dalam yang pernah dilihatnya.

Menurut dia, mustahil jika Alquran disusun oleh Muhammad SAW. Sebab, pada zaman itu belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Costeau pun dikabarkan masuk Islam secara diam-diam, atas kekagumannya pada Alquran yang mengungkapkan fenomena alam ini.

Jaques Cousteau meninggal Rabu 25 Juni 1997. Sayangnya, dengan kerahasian Islamnya, banyak orang terdekatnya yang tidak tahu. Ia dikabarkan dimakamkan di Katedral Notre Dame di Paris.


Inilah video kemukjizatan Alquran itu:

http://www.youtube.com/watch?v=WzbiRqpaIAg&feature=related

Malam Lailatul Qadr Malam Yang Di Dambakan

ya allah...pertemukanlah aku dengan malam lailatul qadr (اللهم بلغنا ليلة القدر)


MALAM LAILATUL QADR


Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, "Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas. (Fathul Bari, 4/260)

Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulama mengenai bila berlakunya Lailatul Qadar.


Menurut Imam Syafie, Lailatul Qadar termasuk dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan, pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21.
Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan; “Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. (Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424).

Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.

Berikut ini adalah tanda-tanda malam Lailatul qadar menurut hadith-hadith dan apa yang berlaku pada sahabat.

1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah AlQadr)

2 - Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan) Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam
al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

3 - Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)

4 - Bulan nampak separuh bulatan Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)

5 - Udara dan suasana pagi yang tenang Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)

6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum. Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)















بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين...والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين...وعلى آله وصحبه أجمعين...أما بعد

             Alhamdulillah , segala puji bagi Allah S.W.T diatas limpah dan kurnianya , dapat lagi saya hidup di alam ciptaannya. Dan dengan rahmat dan kurniaannya jugalah saya dapat menubuhkan blog ini. Insyaallah blog ini ditubuhkan bukan atas dasar ketinggian ilmu saya walaupun ilmu saya masih belum mencukupi , bukan juga atas dasar membangga - bangga diri...tetapi blog ini adalah bertujuan untuk kita sama - sama berkongsi ilmu dan pengalaman....selain itu , blog ini adalah salah satu usaha saya untuk meningkatkan saham akhirat disamping menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Tidak lupa juga amanah kita untuk mengabdikan diri kepada allah s.w.t . Insyaallah saya akan memuatkan blog ini dengan serba sedikit ilmu yang saya ada.