Sunday 12 August 2012

PERJALANAN SPIRITUAL KE THUR SINA


Gambar menunjukkan tandas fir'aun atau dikenali oleh orang arab mesir dgn istilah "hamam fir'aun....bentuk memang macam gua....tapi masuk-masuk macam spa...berwap...mmg panas...mase tu mmg musim sejuk...bile masuk dalam tu memang sedap...kalo nak masuk kene merangkak...kalo berdiri susah nak nafas....

Terletak di Terusan Suez menuju ke Semenanjung Sinai. Ia merupakan tempat mandi Firaun pada musim panas. Terdapat juga sebuah gua tempat Firaun beristirehat selepas mandi. Ada pendapat menyatakan bahawa udara di dalam gua ini lebih panas berbanding udara di luarnya dan udaranya dapat mengubati penyakit Rheumtism. Air yang keluar dari gua ini amat panas hingga telur yang direndam di dalamnya boleh menjadi masak.
Keadaan gua yang panas ini disebabkan oleh kandungan batu sulfur yang banyak berbanding di tempat lain. Semakin dalam gua ini dimasuki, semakin tinggi kadar kepanasannya. Kawasan Hamam Firaun ini terletak di persisiran Laut Merah. Ia memiliki keindahan alam semula jadi yang istimewa lambang kebesaran Ilahi.

Kami sempat posing time kluar dari haham fir'aun beramai ramai...kalo perasan sume orang punye lutut seluar kotor...sbb memang kne merangkak la kalo nak masuk dalam hamam tu....

gambar sebelah ni member rapat aq time aq kat mesir dlu...hehehehe....kami mmg rapat...memang banyak pengalaman aku ngan dye melawat ke tempat2 bersejarah kat mesir...










Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami menuju ke destinasi yang mmg menjadi tumpuan pelancong yang hadir ke mesir , iaitu , thur sina....
kami mula mendaki menuju ke puncak thur sina  pada jam seawal 2 pagi...selalunye , masa yang diambil untuk sampai ke puncak thur sina bagi seorang pemuda adalah 3 jam...bagi golongan yang bergelar dewasa , masa yang diperlukan adalah selama 4 jam dan adakalanya sehingga 5 jam...tujuan kami mendaki seawal jam itu adalah untuk melihat panorama indah terbitnya matahari dari sebelah timur .gambar menunjukkan matahari hampir muncul....sejuknya...masyaallah...hanya allah sj yg tahu....


 ketika ini kami hampir sampai ke puncak thur sina...sempat juga ber'posing' dalam keadaan sejuk menggeletar....pendakian menuju ke puncak agak mencabar pada akhir-akhir pendakian....antara ayat yang selalu diungkapkan apabila kami bertembung dgn bangsa asing yang mahu turun dari thur sina adalah "good luck...you almost there" / " 5 minutes more" / a little bit more" ....padahal dekat setengah jam jalan pon belum nampak tanda2 nak sampai....

terdapat tangga untuk menuju ke puncak...tangga adalah petunjuk bahawza kita akan habis mendaki dan akan sampai...jaraknya adalah setengah jam perjalanan...


setelah sampai ke puncak...kami bersembahyang dhuha...selesai bersolat dhuha , kami terus ke tempat dimana nabi musa a.s bermunajat kpd allah s.w.t....seperti yang disebut kisahnya dalam al quran adalah
"Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat (kepada Kami)"

"Hai Bani Israel, sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk munajat) di sebelah kanan gunung itu dan kami telah menurunkan kepada kamu sekalian manna dan salwaa"


gambar menunjukkan tempat yang selama berhari-hari nabi musa a.s disitu bermunajat kepada allah s.w.t...allah....nabi musa pon boleh merendah diri bermunajat kepada allah s.w.t...ni kan kita yang memang cukup lemah...golongan nabi bukan...golongan syahid pun bukan....tempat tujuan kita ke syurga ke , ke neraka pun tak taw lagi....allah...banyakkanlah berdoa memohon keampunan kepada allah s.w.t.....






stakat ni dululah kisah perjalanan aku ke ardhul kinanah , bumi bersejarah , mesir....insyaallah nanti aku sambung kisah aku turun dari thur sina plak pas niyh....pada episod yang seterusnya....ikutilah perkembangan blog niyh.... 

No comments:

Post a Comment