Saturday 18 August 2012

RASULULLAH SAMBUT HARI LEBARAN ?

1. BERTAKBIR

bertakbir di 1 syawal adalh disyariatkan...takbir raya tidak lagi dilaungkan setelah sampai di kemuncaknya...kemuncaknya adlh ketika selesainya imam memberi khutbah...menurut syeikh nasiruddin albani ,di sunatkan bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat solat...kerana ianya adlh syiar islam...menurut yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w , takbir perlulah dengan suara yang lantang...

2. LAFAZ UCAPAN SELAMAT PADA HARI RAYA

mengikut apa yang di ceritakan olehal-hafiz ibn hajar al asqalani r.h , yang dinukilkan dari jubair bin nufair r.a ,rasulullah s.a.w dan para sahabat r.h akan mengucapkan "taqabbalallahu minna wa minka"...senario yang berlaku pada zaman sekarang , umat islam akan mengucapkan "selamat hari raya maaf zahir bati..."...saya tidak mengatakan ianya salah , tetapi kita haruslah mengikuti sunnah yang diamalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...pahala pon dapat...

3. MENERUSKAN QIAMULLAIL

seperti yang kita lihat apa yang berlaku sekarang , manusia hanya bersemangat untuk qiamullail pada bulan ramadhan...qiamullail boleh dilakukan pada bulan2 biasa juga...jika pada sepanjang bulan ramadhan kita mampu untuk qiamullail , apalah salahnya jika kita meneruskan amalan mulia tersebut...???apa lagi ianya adalah amalan yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w....

4. MANDI PADA PAGI RAYA

ali bin abi talib pernah ditanyamengenai mandi...katanya , diharuskan mandi pada hari jumaat , hari arafah , aidilfitri dan juga aidiladha...selain itu , dengan mandi juga dapat menyegarkan tubuh badan daripada kelesuan sepanjang melakukan amalan...

cara jahiliah sambut lebaran adalah dengan bersuka ria melakukan perkara yang lagho...kedatangan rasulullah s.a.w ke madinah sebelum naiknya islam telah mengubah cara orang madinah sambut aidilfitri...

jadi...ikut sunnah kalo tak nak jadi macam arab jahiliah...that's all for today's entry....ingatlah , jangan cemarkan syawal dengan perbuatan yang membawa kepada dosa...wallahualam

*lupikirlasendiri*


No comments:

Post a Comment