Thursday 18 October 2012

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, drpd Rasulullah S.A.W ;

الصلاة عماد الدين , فمن أقامها فقد أقام الدين , ومن تركها فقد هدم الدين

"solat adlh tiang agama , barangsiapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agama , barangsiapa yang mengabaikannya maka dia meruntuhkan agama..."

hadith ni mmg familiar...ramai org yg taw...dan yg masih belom taw, cepat2 la taw...sbb scenario zaman sekarang , manusia anggap macam solat ni perkara yg tidak penting , sedangkan solat lah perkara pertama yg akan disoal di kubur nanti...inilah akibatnya larut dgn pemainan dunia...solat bile ade mood je...bile ta de mood...tinggal...tu la manusia...

Tambah Rasulullah S.A.W lagi ;

وفيها عشر خصال : زين الوجه ونور القلب وراحة البدن وأنس في القبر ومنزل الرحمة ومفتاح السمآء وثقل الميزان ومرضاة الرب وثمن الجنة وحجاب من النار

"terdapat sepuluh didalamnya (solat) ; 

1. menghiasi wajah...

2. menerangi hati...
= صلاة الرجل نور في قلبه , فمن شاء منكم فلينور قلبه...diriwayatkan oleh Al Dailami " solat bagi seseorang adlh penerang hatinya, barangsia[a diantara kamu yang ingin hatinya diterangi maka hendaklah dia solat..."

3. merehatkan badan...
= sabda Rasulullah S.A.W ;" قم فصلى , فإن الصلاة شفاء "(riwayat imam ahmad dan ibnu majah) ; "bangunlah kamu , lalu solatlah , kerana solat ada ubat .."

4. teman di kubur...

5. turun rahmat...

6. kunci syurga...

7. berat timbangan...

8. disukai allah s.w.t...

9. sbg harga syurga..

10. penghalang dr api neraka...

kesimpulan yang dibuat oleh rasulullah s.a.w ;

خمس صلوات من حافظ عليهن , كانت له نوراً وبرهاناً ونجاةً يوم القيامة , ومن لم يحافظ عليهن لم تكن له نوراً ولا برهاناً ولا نجاةً وكان يوم القيامة مع فرعون وقارون وهامان وأبى إبن خلف
"lima kali solat , barangsiapa yang menjaganya, maka baginya menjadi cahaya dan tanda serta keselamatan pada hari qiamat. Barangsiapa yg tidak memeliharanya, maka baginya tiada cahaya, tanda, dan keselamatan, dan pada hari qiamat dia bersama firaun, qarun, haman, dan ubay bin khalaf..."