Apabila kita semua dengar mengenai orang2 yg professional,
macam arkitek, doctor, saintis, pensyarah, chef dll, mesti ade perasaan dalam
diri kita bahawa kita pon nak jadi macam mereka…berpatutanlah dengan usaha yg
mereka curahkan demi mencapai tahap tu…kite un bangga ngan dyorang kadang2
tu…memang patutlah mereka dipandang mulia oleh manusia sepertimana firman allah
s.w.t dalam surah al mujadalah ayat 11 ;
يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجت
“allah akan mengangkat darjat orang-orang yg beriman
di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu beberapa darjat..”
Selain itu allah s.w.t
menyarankan lagi dalam surah al-anbia’ ayat 7 ;
فسئلوا أهل الذكر إن كنتم تعلمون
“maka tanyalah orang-orang yg berilmu jika kamu tidak
mengetahui.”
Kenapa bile kita cakap
tentang sesuatu yg hebat dan professional ni kita selalu memisahkannya dgn
agama???...Sekarang aq nak ajak korg berfikir sejenak…ke’professional’an allah
s.w.t…betapa hebatnya allah s.w.t…ok…
Dalam banyak2 arkitek
yg hebat yg pernah kita jumpa atau dengar, dimana boleh melukis pelan bangunan
atau binaan yg kukuh (mcm KLCC, Eiffel Tower, dll..)…yg mane satu boleh bina
langit yg sangat kukuh tanpa sebatang tiang pon??ade??
Allah s.w.t boleh ;
الله الذي رفع السمو‘ت بغير عمد ترونها
“allah s.w.t telah meninggikan langit tanpa
tiang (sepertimana) yg kamu lihat..”
Surah ar-ra’d : 2
Dalam banyak2
kontraktor yg hebat yg pernah kita jumpa atau dengar, dimana mereka ni boleh
mengatur satu sistem kerja yg mantap bg menyiapkan sesebuah binaan…yg mane satu
boleh mengatur satu sistem yg boleh menggembirakan manusia dgn sistem
tu???ade??? kalo ade un bese2 je…
Allah s.w.t boleh ;
الله الذي يرسل الريح فتثير سحابا فيبسطه في السمآء كيف
يشآء ويجعله كسفا فترى الودق يخرج من خلله فاذا اصاب به من يشآء من عباده اذا هم
يستبشرون
“allah s.w.t lah yg mengirimkan angion, lalu angin itu
menggerakkan awan dan allah s.w.t membentangkannya di langit mengikut yg
dikehendaki, dan menjadikan nya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan
keluar dari celah-celahnya , maka apabila Dia menurunkannya kpd hamba-hambanya
yg Dia kehendaki, tiba-tiba mereka gembira.”
Surah ar-rum : 48
Cuba cari, doctor mana
yg boleh menyembuhkan kebanyakan penyakit hanya dgn satu jenis ubat???
Allah s.w.t boleh ;
يخرج من بطونها شراب مختلف الوانه فيه شفآء للناس
“dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yg bermacam-macam
warnanya, didalamnya terdapat ubat yg menyembuhkan bagi manusia…”
Surah an-nahl : 69
Ade tak chef dalam
dunia ni yg boleh buat satu bahan yg boleh membangkitkan selera manusia???xx de
kan…
Allah s.w.t boleh ;
وشجرة تخرج من طور سينآء تنبت بالدهن وصبغ للاكلين
“dan kami tumbuhkan pohon zaitun yg tumbuh di gunung tur sina yg
menghasilkan minyak dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yg
memakannya.”
Surah al-mu’minun : 20
Dikatakan bahawa pakar
geografi/saintis menemukan satu penemuan dimana terdapat ombak di dalam laut,
kemudian terdapat lagi ombak dipermukaannya..tp sahabat sekalian, allah s.w.t
telah memberitahu lebih awal lagi…firman allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 40
;
او كظلمت في بحر لجي يغشىه موج من فوقه موج من فوقه سحاب
“seperti gelap gulita di lautan yg dalam, yg
diliputi oleh gelombang demi gelombang diatasnya ada lagi awan yg gelap…”
Selain itu banyak lg
penemuan2 baru yg mana telah allah s.w.t ceritakan dalam al-quran dari dulu
lagi…itulah kuasa sang pencipta yg mana patut kita sembah dan puji
sebanyak-banyaknya…cuba bayangkan sahabat-sahabat sekalian, bagaimana jika
golongan2 professional yg aq sebut kat atas ni jika mereka ni seorang islam
serta mengamalkan ajaran-ajaran islam??? Sudah tentu mereka sangat hebat…
Wallahu’alam…sekadar
ni saja pengisian ataupon kita panggil perkongsian utk kali ni…jd aq nak
menyeru serta mengajak sahabat2 sekalian, marilah kita campakkan diri kita di
tempat yg paling rendah sekali dihadapan allah s.w.t…tiada apa yg lebih
berkuasa melainkan allah s.w.t…tiada apa sebenarnya kita ni…walaupon seorang
sultan, arkitek, kontraktor, jutawan, peladang, petani, nelayan dan ape2 un,
kita semua sama je di hadapan allah s.w.t…yg membezakan hanyalah ‘iman’ ataupon
‘takwa’ seseorang itu…ill liqa’…assalamualaikum wa rahmatullah wabarakatuh…
*ilham dari buku
bertanya tentang tuhan karangan ibnu rijal*