Tuesday 13 November 2012

SOLAT MENCEGAH DRPD PERBUATAN KEJI DAN MUNKAR

عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن قول الله تعالى إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر فقال من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر فلا صلاة له

diriwayatkan drpd imran bin hussain r.a katanya bhw seseorang telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai firman allah s.w.t :

...إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

"sesungguhnya solat itu mencegah drpd perbuatan keji dan munkar..."

SURAH AL ANKABUT : 45

lalu baginda s.a.w menjawab. "sesiapa yg solatnya tidak mencegah drpd perbuatan keji dan munkar , maka itu bukanlah solat sebenarnya."
(hadith riwayat imam ibnu hatim)
hadith menjelaskan bahawa solat yg sempurna akan menjadikan perkara yg keji dan munkar dpt dijauhi...ini bermakna solat memainkan peranan penting dalam kehidupan...berkata juga abdullah bin abbas r.a ," solat mencegah seseorang drpd melakukan dosa dan solat juga menjauhkan seseorang dr kemungkaran."

selain itu, abu 'aliyah juga menyatakan bahawa terdapat tiga perkara yg terkandung semasa melakukan solat , pertama adlh ikhlas, kedua adlh perasaan takut kpd allah s.w.t, dan yg ketiga adlh zikrullah, iaitu mengingati allah s.w.t...sekirany solat kita tidak mengandungi ketiga-tiga aspek ini, maka tidak sempurna solatnya...

wallahu'alam...ila mardhatillah

No comments:

Post a Comment