Friday 14 December 2012

ALLAH ITU PROFESIONAL


Apabila kita semua dengar mengenai orang2 yg professional, macam arkitek, doctor, saintis, pensyarah, chef dll, mesti ade perasaan dalam diri kita bahawa kita pon nak jadi macam mereka…berpatutanlah dengan usaha yg mereka curahkan demi mencapai tahap tu…kite un bangga ngan dyorang kadang2 tu…memang patutlah mereka dipandang mulia oleh manusia sepertimana firman allah s.w.t dalam surah al mujadalah ayat 11 ;

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجت

“allah akan mengangkat darjat orang-orang yg beriman di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu beberapa darjat..”


Selain itu allah s.w.t menyarankan lagi dalam surah al-anbia’ ayat 7 ;

فسئلوا أهل الذكر إن كنتم تعلمون

“maka tanyalah orang-orang yg berilmu jika kamu tidak mengetahui.”

Kenapa bile kita cakap tentang sesuatu yg hebat dan professional ni kita selalu memisahkannya dgn agama???...Sekarang aq nak ajak korg berfikir sejenak…ke’professional’an allah s.w.t…betapa hebatnya allah s.w.t…ok…

Dalam banyak2 arkitek yg hebat yg pernah kita jumpa atau dengar, dimana boleh melukis pelan bangunan atau binaan yg kukuh (mcm KLCC, Eiffel Tower, dll..)…yg mane satu boleh bina langit yg sangat kukuh tanpa sebatang tiang pon??ade??

Allah s.w.t boleh ;

الله الذي رفع السمو‘ت بغير عمد ترونها

“allah s.w.t telah meninggikan langit tanpa tiang (sepertimana) yg kamu lihat..”
Surah ar-ra’d : 2

Dalam banyak2 kontraktor yg hebat yg pernah kita jumpa atau dengar, dimana mereka ni boleh mengatur satu sistem kerja yg mantap bg menyiapkan sesebuah binaan…yg mane satu boleh mengatur satu sistem yg boleh menggembirakan manusia dgn sistem tu???ade??? kalo ade un bese2 je…

Allah s.w.t boleh ;

الله الذي يرسل الريح فتثير سحابا فيبسطه في السمآء كيف يشآء ويجعله كسفا فترى الودق يخرج من خلله فاذا اصاب به من يشآء من عباده اذا هم يستبشرون

“allah s.w.t lah yg mengirimkan angion, lalu angin itu menggerakkan awan dan allah s.w.t membentangkannya di langit mengikut yg dikehendaki, dan menjadikan nya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya , maka apabila Dia menurunkannya kpd hamba-hambanya yg Dia kehendaki, tiba-tiba mereka gembira.”
Surah  ar-rum : 48

Cuba cari, doctor mana yg boleh menyembuhkan kebanyakan penyakit hanya dgn satu jenis ubat???
Allah s.w.t boleh ;

يخرج من بطونها شراب مختلف الوانه فيه شفآء للناس

“dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yg bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yg menyembuhkan bagi manusia…”
Surah an-nahl : 69

Ade tak chef dalam dunia ni yg boleh buat satu bahan yg boleh membangkitkan selera manusia???xx de kan…

Allah s.w.t boleh ;

وشجرة تخرج من طور سينآء تنبت بالدهن وصبغ للاكلين

“dan kami tumbuhkan pohon zaitun yg tumbuh di gunung tur sina yg menghasilkan minyak dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yg memakannya.”
Surah al-mu’minun : 20

Dikatakan bahawa pakar geografi/saintis menemukan satu penemuan dimana terdapat ombak di dalam laut, kemudian terdapat lagi ombak dipermukaannya..tp sahabat sekalian, allah s.w.t telah memberitahu lebih awal lagi…firman allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 40 ;

او كظلمت في بحر لجي يغشىه موج من فوقه موج من فوقه سحاب

“seperti gelap gulita di lautan yg dalam, yg diliputi oleh gelombang demi gelombang diatasnya ada lagi awan yg gelap…”

Selain itu banyak lg penemuan2 baru yg mana telah allah s.w.t ceritakan dalam al-quran dari dulu lagi…itulah kuasa sang pencipta yg mana patut kita sembah dan puji sebanyak-banyaknya…cuba bayangkan sahabat-sahabat sekalian, bagaimana jika golongan2 professional yg aq sebut kat atas ni jika mereka ni seorang islam serta mengamalkan ajaran-ajaran islam??? Sudah tentu mereka sangat hebat…

Wallahu’alam…sekadar ni saja pengisian ataupon kita panggil perkongsian utk kali ni…jd aq nak menyeru serta mengajak sahabat2 sekalian, marilah kita campakkan diri kita di tempat yg paling rendah sekali dihadapan allah s.w.t…tiada apa yg lebih berkuasa melainkan allah s.w.t…tiada apa sebenarnya kita ni…walaupon seorang sultan, arkitek, kontraktor, jutawan, peladang, petani, nelayan dan ape2 un, kita semua sama je di hadapan allah s.w.t…yg membezakan hanyalah ‘iman’ ataupon ‘takwa’ seseorang itu…ill liqa’…assalamualaikum wa rahmatullah wabarakatuh…

*ilham dari buku bertanya tentang tuhan karangan ibnu rijal*


No comments:

Post a Comment